Lompat ke kandungan

Galeri Foto Britain 7 (September 2018 hingga Februari 2019)

Galeri Foto Britain 7 (September 2018 hingga Februari 2019)

Dalam galeri foto ini, anda akan melihat kemajuan projek pembinaan pejabat cawangan baharu Saksi-Saksi Yehuwa di Britain dari September 2018 hingga Februari 2019.

  1. Bangunan Pengeluaran Utara

  2. Bangunan Pengeluaran Selatan

  3. Bangunan Pejabat

  4. Kediaman A

  5. Kediaman B

  6. Kediaman C

  7. Kediaman D

  8. Kediaman E

  9. Kediaman F

25 September 2018—Kediaman A

Saudara-saudara memasang paip air utama ke posisinya dengan menggunakan dua jentera penggali. Bangunan Pejabat dapat dilihat dari belakang.

26 September 2018—Bangunan Pengeluaran Selatan

Kontraktor sedang memasang bahagian luar dinding. Bahagian luar dinding direka dengan warna dan corak yang sesuai dengan persekitaran.

27 September 2018—Bangunan Pengeluaran Selatan

Selepas lantai disimen, kontraktor menggunakan mesin power float agar permukaan lantai menjadi sekata, licin, dan tahan lama.

4 Oktober 2018—Bangunan Pejabat

Pemandangan tapak pembinaan dari atas. Di bahagian depan, saudara saudari sedang membersihkan dan meratakan tanah untuk dijadikan tempat letak kereta. Rangka besi untuk lobi utama yang menghubungkan dua bangunan pejabat sudah disiapkan sepenuhnya. Bangunan Pengeluaran Utara dan Selatan dapat dilihat di belakang.

10 Oktober 2018—Tapak Pembinaan bagi Pejabat Cawangan

Seorang saudari sedang melakukan tugas di bahagian landskap yang berhampiran dengan kediaman A. Kerja menanam pokok dan tumbuhan dilakukan semasa peringkat awal projek. Dengan itu, apabila kerja pembinaan selesai, semua tanaman sudah bertumbuh.

31 Oktober 2018—Kediaman F

Seorang saudara dan saudari sedang mengecat lantai tempat letak kereta. Saudari itu memakai kelengkapan khas pada kasut supaya tidak meninggalkan bekas pada permukaan yang baru dicat. Cat itu membolehkan lantai tahan lama dan tidak senang dikotori minyak.

6 November 2018—Bangunan Pengeluaran Selatan

Tukang paip sedang mengukur dan memotong rantai untuk menggantung alat pemanas bagi ruangan yang besar.

6 November 2018—Bangunan Pejabat

Pekerja sedang mengecat bahagian dalam Bangunan Pejabat. Di bahagian atas setiap pejabat terdapat penyaman udara yang dibungkus dengan plastik hitam untuk melindunginya.

8 November 2018—Bangunan Pejabat

Pekerja sedang memasang rangka besi di ruangan penyambut tetamu.

7 Disember 2018—Bangunan Pejabat

Kontraktor menggunakan mesin khas untuk mengangkat dan memasang kaca di bahagian luar ruang makan dan dewan.

10 Disember 2018—Bangunan Pejabat

Empat saudari sedang menyambungkan hujung wayar Internet dengan soket. Bangunan Pejabat mempunyai empat tingkat, dan setiap tingkat menggunakan kira-kira 50 km wayar. Lantai bangunan itu ditinggikan seperti pentas supaya wayar dapat dipasang di bawahnya. Rekaan ini membolehkan ruangan pejabat diubah dengan lebih mudah.

26 Disember 2018—Kediaman A

Pasukan Tindakan Kecemasan sedang mengadakan latihan keselamatan. Mereka mencuba menyelamatkan seorang yang terjatuh dari scaffolding (perancah). Orang itu memakai tali keselamatan dan tergantung di tengah-tengah bangunan.

8 Januari 2019—Bangunan Pejabat

Seorang pekerja sedang memastikan ketinggian tanah sebelum bata dipasang untuk laluan pejalan kaki. Di sebelahnya, sebuah mesin penggali sedang mengorek tanah untuk menanam pokok.

9 Januari 2019—Bangunan Pengeluaran

Pemandangan dari atas. Panel solar dipasang di atas bumbung kedua-dua bangunan pengeluaran dan Bangunan Pejabat. Panel solar ini dipasang untuk menukar cahaya matahari menjadi tenaga elektrik.

17 Januari 2019—Bangunan Pejabat

Seorang pekerja sedang memasang jubin batu kapur di lobi tingkat tiga. Lapisan berwarna oren itu diletakkan di antara jubin dengan bahagian yang di bawah. Dengan itu jika bahagian di bawah bergerak, jubin tidak akan retak.

21 Januari 2019—Tapak Sementara untuk Menyelia Kerja Pembinaan

Pekerja sedang mengambil makanan tengah hari dan memakannya di ruang makan sementara. Para pekerja dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan akan mempunyai waktu makan masing-masing. Dengan itu, bahagian dapur dapat menghidangkan makanan untuk hampir 1,000 orang setiap hari.

30 Januari 2019—Bangunan Pejabat

Lori sampah sedang memindahkan barang-barang di belakang Bangunan Pejabat. Di sebelah kanan, penghalang cahaya dipasangkan pada tiang supaya sinaran matahari tidak memasuki ruang makan dan dewan.

30 Januari 2019—Bangunan Pejabat

Pasukan pembinaan memasang kepingan permaidani sambil dibantu oleh peserta Program Sukarela Sehari. Melalui program ini, sidang Saksi-Saksi Yehuwa di seluruh Britain dan Ireland dijemput untuk membantu selama sehari. Menjelang akhir bulan Februari, lebih daripada 5,500 orang telah mengikuti program ini.

12 Februari 2019—Bangunan Pengeluaran Selatan

Kontraktor sedang membuat dinding pemisah ruangan yang tinggi di tengah-tengah bangunan. Tiang-tiang oren yang kecil menandakan kawasan yang selamat untuk menggunakan lif.

20 Februari 2019—Bangunan Pejabat

Beberapa pekerja sedang menyapu lantai, sementara yang lain memasang lantai yang ditinggikan seperti pentas. Kawasan ini akan menjadi ruangan penyambut tetamu.