Lompat ke kandungan

‘Isytiharkanlah Berita Baik!’

Konvensyen Saksi-Saksi Yehuwa 2024

Masuk percuma Tiada pungutan wang

Acara Istimewa

Jumaat: Kajilah bukti-bukti bahawa berita baik tentang Yesus yang tercatat dalam Bible adalah tepat. Pelajarilah bagaimana kisah hidup Yesus bermanfaat bagi kita.

Sabtu: Apakah ramalan Bible tentang kelahiran Yesus dan zaman kanak-kanaknya? Adakah semua ramalan itu menjadi kenyataan?

Ahad: Hari ini, jutaan orang mempunyai sebab yang kukuh untuk berasa tenang dan yakin biarpun keadaan dunia semakin teruk. Mengapa? Ketahuilah jawapannya dalam ceramah Bible, “Mengapa Kita Tidak Takut Berita Buruk.”

Tayangan Drama

Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus: Episod 1

Cahaya Dunia yang Sejati

Kelahiran Yesus secara mukjizat hanyalah salah satu peristiwa penting dalam zaman kanak-kanaknya. Dia diburu oleh seorang raja yang ingin membunuhnya dan dibawa ke Mesir. Kemudian, dia membuat guru-guru agama yang terkemuka berasa kagum. Pada hari Jumaat dan Sabtu, tontonlah adegan-adegan ini dan adegan yang lain dalam episod 1 yang mempunyai dua bahagian.

Sila tonton video berikut mengenai konvensyen tahun ini

Apakah yang Berlaku semasa Konvensyen Kami?

Ketahuilah apa yang berlaku semasa anda menghadiri konvensyen Saksi-Saksi Yehuwa.

Konvensyen Saksi-Saksi Yehuwa 2024: ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’

Lihatlah apa yang kita akan belajar pada konvensyen tahun ini.

Previu Drama: Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus

Ramai tahu kelahiran Yesus berlaku secara mukjizat. Tapi apakah yang berlaku sebelum dan selepas peristiwa yang menakjubkan itu?