Lompat ke kandungan

Galeri Foto Britain 8 (Mac hingga Ogos 2019)

Galeri Foto Britain 8 (Mac hingga Ogos 2019)

Dalam galeri foto ini, anda akan melihat kemajuan projek pembinaan pejabat cawangan baharu Saksi-Saksi Yehuwa di Britain dari Mac hingga Ogos 2019.

  1. Bangunan Pengeluaran Utara (Pengeluaran Video)

  2. Bangunan Pengeluaran Selatan (Penyelenggaraan dan Perkhidmatan)

  3. Bangunan Pejabat

  4. Kediaman A

  5. Kediaman B

  6. Kediaman C

  7. Kediaman D

  8. Kediaman E

  9. Kediaman F

5 Mac 2019—Bangunan Pejabat

Seorang pekerja memasang penebat untuk paip-paip dalam bilik dandang pemanas.

29 Mac 2019—Bangunan Pengeluaran Selatan

Para pekerja memasang jubin untuk bilik mandi.

10 April 2019—Bangunan Pejabat

Seorang pekerja memasang struktur untuk melindungi bangunan daripada sambaran kilat. Dia memakai tali keselamatan semasa bekerja di atas bumbung.

16 April 2019—Bangunan Pejabat

Saudara-saudara membersihkan cermin sebelum memasang pelekat padanya. Pelekat-pelekat ini mencegah orang daripada melanggar cermin-cermin yang lut sinar itu.

23 April 2019—Kediaman A

Seorang pekerja menggunakan kamera litar tertutup untuk memastikan agar paip longkang yang baru dipasang tidak tersumbat.

23 April 2019—Bangunan Pejabat

Para tukang kayu memasang panel-panel kayu pada dinding. Dewan serba guna itu akan digunakan sebagai dewan makan dan auditorium. Acara-acara istimewa akan diadakan di sana.

14 Mei 2019—Kediaman B

Pekerja landskap menanam pokok di tembok penahan.

14 Mei 2019—Kediaman A

Para pekerja memasang cermin penghadang di balkoni (juga dikenali sebagai Juliet balcony). Rekaan ini memastikan keselamatan penghuni dijaga, tetapi pada masa yang sama tidak menghalang pencahayaan dan pengaliran udara bangunan.

21 Mei 2019—Bangunan Pejabat

Pekerja bahagian elektrik memasang lampu di luar kawasan menyambut tetamu.

11 Jun 2019—Bangunan Pengeluaran Utara

Seorang pekerja memotong besi untuk sistem pengaliran udara.

17 Jun 2019—Bangunan Pejabat

Pekerja landskap dan pekerja tapak pembinaan menanam pokok serta menyediakan laluan jalan. Di sebelah kiri ialah dewan serba guna. Kediaman A kelihatan di belakang.

24 Jun 2019—Kediaman A

Seorang jurutera memasang sistem pemercik air.

9 Julai 2019—Bangunan Pejabat

Pekerja landskap menyediakan tanah untuk menanam rumput. Di latar, pekerja lain sedang mencuci tingkap.

9 Julai 2019—Bangunan Pengeluaran Utara

Para pekerja meletakkan sejenis campuran untuk meratakan lantai. Mereka menyapu campuran itu, kemudiannya menggunakan penggelek khas (spiked rollers) untuk menghilangkan gelembung.

24 Julai 2019—Bangunan Pejabat

Para pekerja meletakkan lantai vinil di dewan serba guna. Pentas akan terletak di belakang dewan, dan terdapat skrin TV yang dipasang pada panel akustik.

26 Julai 2019—Bangunan Pengeluaran Utara

Di sebelah studio video, seorang tukang kayu memasang cermin di bilik persolekan untuk peserta projek rakaman.

1 Ogos 2019—Bangunan Pengeluaran Utara

Tukang kayu sedang memasang sesekat pejabat yang boleh ditanggalkan. Dengan menggunakan sesekat ini, ruang pejabat boleh diubah suai mengikut keperluan.

1 Ogos 2019—Bangunan Pengeluaran Utara

Seorang kontraktor menyambung rangka di studio rakaman video. Rangka ini akan digunakan untuk menggantungkan alat-alat pencahayaan dan kamera semasa rakaman.

15 Ogos 2019—Tapak pembinaan bagi pejabat cawangan

Pemandangan dari atas. Di sebelah kiri gambar, terdapat Kediaman B, C, D, E, dan F yang sudah disiapkan. Di tengah gambar ialah Kediaman A. Kerja pembinaan masih sedang dilakukan di sana dan Bangunan Pejabat sudah disiapkan. Di sebelah kanan gambar, Bangunan Pengeluaran Selatan dan Bangunan Pengeluaran Utara hampir disiapkan. Kerja landskap masih sedang dijalankan.

26 Ogos 2019—Bangunan Pejabat

Para pekerja memasang jubin batu. Kawasan ini terletak di belakang kawasan menyambut tetamu. Khemah-khemah sementara digunakan untuk melindungi pekerja semasa membersihkan jubin yang baru dipasang.