Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Bagaimana Kawal Kekhuatiran

Bagaimana Kawal Kekhuatiran

 Kekhuatiran yang melampau dapat membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan fizikal dan emosi anda. Jika anda terlalu khuatir, hal itu boleh menyebabkan masalah-masalah yang kecil menjadi lebih teruk.

Tip untuk mengurangkan kekhuatiran

  •  Jangan terlalu banyak menonton, membaca, atau mendengar berita yang negatif. Anda tidak perlu mengetahui setiap butiran tentang masalah di dunia ini. Jika anda terlalu terdedah kepada berita yang negatif, anda akan berasa lebih takut dan tawar hati.

     Prinsip Bible: “Hati yang hancur mematahkan semangat.”—Amsal 17:22.

     “Kita mudah tertarik dengan berita yang terkini dan yang sensasi di media sosial. Tetapi kebiasaan untuk selalu melihat berita seperti itu tidak bermanfaat. Sekarang saya tidak lagi terlalu khuatir selepas kurangkan tengok berita sebegitu.”—John.

     Fikirkan: Seberapa kerapkah anda perlu mencari berita yang terkini?

  •  Kekalkan rutin. Cubalah tetapkan waktu yang sama setiap hari untuk bangun, makan, buat kerja rumah, dan tidur. Dengan adanya jadual, anda dapat menjalani kehidupan normal seperti sebelumnya. Hal ini dapat mengurangkan kekhuatiran anda.

     Prinsip Bible: “Rancangan yang dibuat dengan teliti pasti membawa kejayaan.”—Amsal 21:5.

     “Semasa pandemik COVID-19 bermula, saya langsung tiada jadual. Akibatnya, saya menggunakan terlalu banyak masa untuk hiburan. Saya mahu menggunakan masa dengan lebih bijak. Jadi, saya buat jadual untuk kegiatan seharian.”—Joseph.

     Fikirkan: Adakah anda mempunyai rutin yang membolehkan anda menyelesaikan banyak perkara dan membuat anda berasa puas hati?

  •  Berfokus kepada perkara-perkara positif. Jika anda asyik memikirkan perkara yang belum tentu akan terjadi, hal ini boleh menambah kekhuatiran anda. Sebaliknya, renungkanlah dua atau tiga perkara yang membuat anda berasa bersyukur.

     Prinsip Bible: “Tunjukkanlah kesyukuran kamu.”—Kolose 3:15.

     “Semasa membaca Bible, saya dapat berfokus kepada hal-hal yang positif, dan bukannya berita yang buruk. Cara ini mungkin nampaknya biasa sahaja, tetapi sangat berkesan.”—Lisa.

     Fikirkan: Adakah anda lebih memikirkan hal-hal negatif yang berlaku dalam hidup anda berbanding hal-hal yang positif?

  •  Fikirkan orang lain. Anda mungkin ingin mengasingkan diri semasa berasa khuatir. Namun, adalah lebih baik untuk fikirkan bagaimana anda dapat menolong orang yang memerlukan bantuan.

     Prinsip Bible: “Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.”—Filipi 2:4.

     “Saya gembira semasa membantu orang lain. Saya dapat melakukan sesuatu yang buat mereka gembira, dan pada masa yang sama, kekhuatiran saya pun berkurang. Apabila saya sibuk membantu orang lain, saya tiada masa untuk asyik berasa khuatir.”—Maria.

     Fikirkan: Adakah sesiapa yang anda kenal memerlukan lebih banyak bantuan? Dapatkah anda memberikan bantuan?

  •  Jaga kesihatan anda. Luangkanlah masa yang secukupnya untuk membuat senaman dan mendapatkan rehat. Makan makanan yang sihat. Dengan menjaga kesihatan anda, anda akan dibantu untuk berfikiran positif dan mengurangkan rasa khuatir.

     Prinsip Bible: “Senaman membawa sedikit manfaat.”—1 Timotius 4:8, nota kaki.

     “Saya dan anak saya tidak lagi dapat bersenam di luar seperti dahulu. Jadi, kami menjadualkan masa untuk bersenam di dalam rumah. Cara ini membuat kami lebih gembira dan bahkan membantu kami melayan satu sama lain dengan lebih baik.”—Catherine.

     Fikirkan: Adakah anda perlu makan makanan yang lebih berkhasiat dan melakukan lebih banyak senaman supaya anda semakin sihat?

 Selain daripada mengikut tip-tip ini untuk mengurangkan rasa khuatir, ramai orang meraih manfaat dengan mempelajari janji-janji Bible tentang masa depan yang lebih baik. Lihat rencana “Apakah yang Akan Dilakukan oleh Kerajaan Tuhan?