Lompat ke kandungan

AYAT BIBLE DIJELASKAN

Matius 6:34​—“Jangan Khuatiri Hari Esok”

Matius 6:34​—“Jangan Khuatiri Hari Esok”

 “Janganlah khuatir tentang hari esok, kerana hari esok mempunyai kekhuatirannya sendiri. Cukuplah masalah untuk hari ini.”—Matius 6:34, Terjemahan Dunia Baharu.

 “Jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi.”—Matius 6:34, Alkitab Berita Baik.

Maksud Matius 6:34

 Yesus mengucapkan kata-kata ini untuk membantu pendengarnya agar tidak terlalu risau atau khuatir tentang hal yang akan berlaku pada masa depan. Sebaliknya, mereka harus menghadapi kekhuatiran sehari demi sehari.

 Yesus tidak bermaksud bahawa kita langsung tidak boleh berfikir tentang hari esok atau merancang masa depan. (Amsal 21:5) Sebenarnya, dia sedang membantu kita agar tidak terlalu risau, atau khuatir, tentang hal yang mungkin berlaku pada keesokan hari. Jika kita terlampau risau, kita akan hilang sukacita dan tidak dapat bertumpu pada kerja yang harus dilakukan. Lagipun, kekhuatiran kita tidak dapat menyelesaikan masalah yang mungkin timbul. Selain itu, apa yang kita risaukan biasanya tidak berlaku, atau tidaklah seteruk yang difikirkan.

Konteks Matius 6:34

 Kata-kata dalam ayat ini ialah sebahagian daripada Ceramah Di Atas Gunung di Matius bab 5 hingga 7. Dalam ceramah Yesus itu, dia menjelaskan bahawa kekhuatiran tidak akan memanjangkan hayat kita atau membuat kehidupan kita lebih bahagia. (Matius 6:27) Dia juga berkata bahawa apabila kita mengutamakan Tuhan dalam hidup kita, kita tidak perlu terlalu risau tentang hari esok. Mengapa? Kerana Tuhan menjaga tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka Dia pasti akan menjaga orang yang menyembah-Nya.—Matius 6:25, 26, 28-33.

Baca Matius bab 6, termasuk semua nota kaki dan rujukan silang.