Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, manusia akan “menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.”​—Mazmur 37:11, NW.

Apakah Ajaran Bible?

Apakah Ajaran Bible?

Dapatkah Bible Membantu Anda Menangani Kekhuatiran?

Apakah jawapan anda?

  • Ya

  • Tidak

  • Mungkin

Jawapan Bible

“Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.” (1 Petrus 5:7) Bible menjamin bahawa Tuhan dapat membantu mengurangkan kekhuatiran anda.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible

  • Dengan berdoa, anda dapat merasai “kesejahteraan daripada Tuhan” dan berasa lebih tenteram.​—Filipi 4:6, 7.

  • Selain itu, dengan membaca Firman Tuhan, anda dapat menangani tekanan hidup.​—Matius 11:28-30.

Adakah kekhuatiran akan dilenyapkan?

Sesetengah orang percaya . . . bahawa kekhuatiran dan tekanan ialah lumrah hidup, manakala yang lain percaya bahawa kita hanya akan mendapat kelegaan selepas meninggal. Apakah pendapat anda?

Jawapan Bible

Tuhan akan melenyapkan hal-hal yang membuat kita khuatir. “Kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:4.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible