Lompat ke kandungan

Mengapakah Manusia Mati?

Mengapakah Manusia Mati?

Jawapan Bible

 Semasa kehilangan orang tersayang, kita sering bertanya, “Mengapakah manusia mati?” Bible menjawab, “Sengat yang membawa maut ialah dosa.”​—1 Korintus 15:56.

Mengapakah semua orang berdosa dan mati?

 Adam dan Hawa, manusia yang pertama, kehilangan nyawa mereka kerana mereka berdosa terhadap Tuhan. (Kejadian 3:17-19) Oleh sebab mereka memberontak terhadap Tuhan yang merupakan “sumber segala kehidupan,” mereka tidak dapat lari daripada kematian.​—Mazmur 36:10; Kejadian 2:17.

 Semua keturunan Adam mewarisi dosanya. Bible menyatakan, “Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa membawa kematian. Akibatnya, kematian tersebar kepada semua orang kerana mereka semua berdosa.” (Roma 5:12) Memandangkan semua orang berdosa, mereka semua akan mati.​—Roma 3:23.

Bagaimana kematian akan dilenyapkan

 Tuhan sudah berjanji untuk “memusnahkan maut selama-lamanya.” (Yesaya 25:8) Untuk mencabut kematian dari akarnya, Tuhan perlu melenyapkan dosa, dan Dia akan berbuat demikian melalui Yesus Kristus, yang “menghapuskan dosa dunia.”​—Yohanes 1:29; 1 Yohanes 1:7.