Lompat ke kandungan

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Percaya bahawa Tuhan Akan Menyelamatkan Mereka Sahaja?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Percaya bahawa Tuhan Akan Menyelamatkan Mereka Sahaja?

 Tidak. Jutaan orang yang hidup pada masa dahulu berpeluang diselamatkan walaupun mereka bukan Saksi-Saksi Yehuwa. Bible menjelaskan bahawa dalam dunia baharu yang dijanjikan Tuhan, “orang akan dibangkitkan daripada kematian—orang baik, mahupun orang jahat.” (Kisah 24:15) Selain itu, ramai orang yang belum menyembah Tuhan mungkin menyembah-Nya pada masa depan. Mereka akan diselamatkan juga. Tugas kami bukanlah untuk memutuskan siapa yang akan diselamatkan. Keputusannya terletak dalam tangan Yesus.—Yohanes 5:22, 27.