Lompat ke kandungan

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Melakukan Kerja Mubaligh?

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Melakukan Kerja Mubaligh?

 Ya. Tidak kira di mana kami tinggal, setiap Saksi-Saksi Yehuwa berusaha memupuk semangat seorang mubaligh dan selalu mengongsikan kepercayaan kami kepada orang yang dijumpai.​—Matius 28:​19, 20.

 Tambahan lagi, sesetengah Saksi melawat atau berpindah ke kawasan lain dalam negara mereka di mana ramai orang masih belum mendengar berita baik daripada Bible. Saksi-Saksi lain pula berpindah ke luar negara agar dapat memperluaskan khidmat mereka. Mereka bersukacita kerana dapat mengambil bahagian dalam menggenapi nubuat Yesus, ‘Kamu akan menjadi saksi-saksiku sampai ke hujung bumi.’​—Kisah 1:8.

 Pada tahun 1943, kami menubuhkan sebuah sekolah untuk memberikan latihan khusus kepada sesetengah mubaligh kami. Sejak itu, lebih daripada 8,000 Saksi telah menyertai sekolah ini yang dikenali sebagai Sekolah Latihan Gilead.