Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Francesco Carta fotografo/Moment via Getty Images

Masalah Kesunyian Semakin Berleluasa—Apakah yang Bible Katakan?

Masalah Kesunyian Semakin Berleluasa—Apakah yang Bible Katakan?

 Menurut laporan dunia baru-baru ini, a kira-kira satu daripada empat orang bergelut dengan kesunyian.

  •   “Pemencilan sosial boleh berlaku kepada sesiapa pun, tidak kira umur dan di mana sahaja.”—Chido Mpemba, pengerusi Suruhanjaya Perhubungan Sosial Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

 Ramai orang berpendapat bahawa masalah kesunyian hanya berlaku kepada orang yang lebih tua atau orang yang hidup di kawasan terpencil. Tetapi, hal itu tidak benar. Masalah ini juga menimpa orang yang muda, sihat, berjaya, dan yang sudah berkahwin. Pemencilan sosial dan kesunyian boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi seseorang.

  •   Dr. Vivek Murthy, ketua kor perkhidmatan kesihatan awam Amerika Syarikat berkata, “Kesunyian bukan sekadar perasaan kurang baik.” Dia menambah, “Risiko kematian orang yang bergelut dengan kesunyian adalah sama dengan risiko kematian orang yang merokok 15 batang rokok sehari.”

Nasihat Bible

 Pencipta kita tidak ingin kita mengasingkan diri. Tujuan Tuhan adalah untuk manusia menikmati persahabatan yang baik dan memuaskan.

  •   Prinsip Bible: ‘Tuhan berfirman, “Tidak baik lelaki itu hidup seorang diri.”’—Kejadian 2:18.

 Tuhan ingin kita menjalin persahabatan dengan-Nya. Dia berjanji untuk menghampiri kita apabila kita berusaha untuk menghampiri-Nya.—Yakobus 4:8.

  •   Prinsip Bible: “Berbahagialah orang yang sedar akan keperluan rohani mereka, kerana Kerajaan di syurga milik mereka.”—Matius 5:3.

 Tuhan ingin kita menyembah-Nya bersama dengan orang lain. Apabila kita melakukan demikian, kita akan jadi lebih kuat dari segi emosi dan rasa lebih gembira.

  •   Prinsip Bible: “Marilah kita memperhatikan satu sama lain supaya kita dapat saling memberikan dorongan untuk memperlihatkan kasih dan melakukan perbuatan yang baik. Janganlah abaikan perjumpaan kita. . . . Sebaliknya hendaklah kita menggalakkan satu sama lain.”—Ibrani 10:24, 25.

 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pentingnya mengatasi masalah kesunyian, baca rencana “Epidemik Kesunyian—Bagaimanakah Anda Dapat Mengatasinya?

a The Global State of Social Connections, oleh Meta and Gallup, 2023.