Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

TOPIK UTAMA | DUSTA YANG MENGHALANG KITA MENGASIHI TUHAN

Dusta 2: Tuhan Suatu Misteri

Dusta 2: Tuhan Suatu Misteri

APA ORANG PERCAYA

“Tiga aliran agama Kristian yang utama, iaitu Roman Katolik, Ortodoks Timur, dan Protestan, percaya bahawa Tuhan terdiri daripada tiga individu: Bapa ialah Tuhan, Anak ialah Tuhan, dan Roh Kudus ialah Tuhan. Biarpun ada tiga, mereka sebenarnya satu.”​—The New Encyclopædia Britannica.

KEBENARAN BIBLE

Yesus, iaitu Anak Tuhan, tidak pernah kata bahawa dia setaraf atau sama dengan Bapanya. Sebaliknya, dia kata, “Aku akan pergi kepada Bapa, kerana Bapa lebih besar daripada aku.” (Yohanes 14:28) Dia juga memberitahu pengikutnya, “Aku akan pergi kepada Bapaku yang juga Bapa kamu, kepada Tuhanku yang juga Tuhan kamu.”​—Yohanes 20:17.

Bible kata bahawa orang Kristian pada zaman dulu “dipenuhi Roh Kudus.” Selain itu, Yehuwa berkata, “Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia.” (Kisah 2:1-4, 17, Alkitab Versi Borneo) Jelaslah, Roh Kudus bukanlah suatu tuhan atau individu, tetapi merupakan kuasa suci Tuhan.

MENGAPA PENTING

Pakar agama Katolik yang bernama Karl Rahner dan Herbert Vorgrimler kata bahawa ajaran Tritunggal “tidak dapat diketahui tanpa wahyu daripada Tuhan. Selepas mendapat wahyu pun, kita tidak dapat memahaminya dengan sepenuhnya.” Bak kata pepatah, “Tak kenal maka tak cinta.” Maka, bagaimana mungkin seseorang dapat mengasihi Tuhan jika dia tidak dapat mengenali-Nya?

Marco, yang disebut sebelum ini, kata bahawa ajaran Tritunggal membuatnya susah mengenali dan menghampiri Tuhan. Dia kata, “Saya fikir Tuhan mahu menyembunyikan identiti-Nya daripada saya. Oleh sebab Dia suatu misteri, saya rasa Dia sangat jauh.” Tetapi, Tuhan tidak mahu buat kita keliru atau cuba menyembunyikan identiti-Nya daripada kita. (1 Korintus 14:33) Dia mahu kita mengenali-Nya. Yesus kata, “Kami tahu siapa yang kami sembah.”​—Yohanes 4:22.

Marco berkata, “Semasa saya tahu bahawa Tuhan bukan Tritunggal, saya dapat menjalin persahabatan dengan-Nya.” Apabila kita sedar bahawa Tuhan ialah Individu yang nyata dan bukannya suatu misteri yang mustahil difahami, kita akan rasa lebih senang untuk mengasihi-Nya. “Sesiapa yang tidak mempunyai kasih, belum lagi mengenal Tuhan, kerana Tuhan itu kasih.”​—1 Yohanes 4:8.