Surat daripada Yakobus 5:1-20

  • Amaran kepada orang kaya (1-6)

  • Orang yang sabar dan tabah diberkati (7-11)

  • Katakan “Ya” semasa bermaksud ya (12)

  • Doa orang beriman berkesan (13-18)

  • Membantu pendosa kembali (19, 20)

5  Sekarang, dengarlah hai orang kaya. Menangislah dan meraunglah kerana kesengsaraan akan menimpa kamu.+  Kekayaan kamu sudah reput dan pakaian kamu sudah dimakan gegat.+  Emas dan perak kamu sudah berkarat. Karat itu akan menjadi saksi yang mendedahkan kesalahan kamu dan memakan daging kamu. Harta yang telah kamu timbun akan menjadi seperti api pada hari-hari terakhir.+  Kamu tidak membayar upah kepada para pekerja yang menuai di ladang kamu. Dengarlah! Upah itu terus berteriak, dan seruan para penuai yang meminta tolong telah sampai ke telinga Yehuwa,* ketua angkatan syurga.+  Kamu hidup mewah di bumi dan sibuk mengejar kesenangan diri. Kamu masih menggemukkan diri* pada hari penyembelihan.+  Kamu menghukum dan membunuh orang yang melakukan apa yang benar. Itulah sebabnya kamu menghadapi tentangan.  Oleh itu, saudara-saudara, bersabarlah sehingga waktu kehadiran Tuan bermula.+ Lihatlah bagaimana petani menantikan hasil tanahnya yang berharga. Dia menunggu dengan sabar sehingga tibanya hujan musim luruh dan hujan musim bunga.+  Jadi, kamu juga harus bersabar.+ Teguhkanlah hati kamu kerana waktu kehadiran Tuan sudah dekat.+  Saudara-saudara, janganlah kamu bersungut-sungut terhadap satu sama lain supaya kamu tidak dihakimi.+ Lihatlah! Hakim sudah berdiri di depan pintu. 10  Saudara-saudara, perhatikanlah para nabi yang menyampaikan perkhabaran atas nama Yehuwa.*+ Teladanilah mereka kerana mereka tabah menanggung penderitaan+ dan menunjukkan kesabaran.+ 11  Lihatlah! Kita mengatakan bahawa orang yang menghadapi cubaan dengan tabah ialah orang yang bahagia.*+ Kamu sudah mendengar tentang ketabahan Ayub+ dan bagaimana Yehuwa* memberkatinya pada akhirnya.+ Dengan ini, kamu tahu bahawa Yehuwa* berbelas kasihan dan mempunyai kasih yang mendalam.+ 12  Saudara-saudaraku, ingatlah hal yang penting ini: Jangan lagi bersumpah. Jangan bersumpah demi langit, bumi, atau apa-apa sahaja. Katakan “Ya” semasa kamu bermaksud ya, dan katakan “Tidak” semasa kamu bermaksud tidak.+ Dengan ini kamu tidak akan dihakimi. 13  Adakah sesiapa antara kamu yang menghadapi kesusahan? Hendaklah dia sentiasa berdoa.+ Adakah sesiapa yang berasa senang hati? Hendaklah dia menyanyikan lagu pujian.+ 14  Adakah sesiapa antara kamu yang sakit? Hendaklah dia memanggil para penatua+ sidang supaya mereka berdoa untuknya dan menyapu minyak padanya+ atas nama Yehuwa.* 15  Doa yang diucapkan dengan iman akan menyembuhkan orang sakit* itu, dan Yehuwa* akan menjadikannya sihat semula. Jika dia telah berbuat dosa, dia akan diampuni. 16  Oleh itu, hendaklah kamu saling mengakui kesalahan+ dan berdoa untuk satu sama lain agar kamu disembuhkan. Doa yang sungguh-sungguh daripada orang yang melakukan apa yang benar sangat berkesan.+ 17  Elia pun orang yang mempunyai perasaan seperti kita. Semasa dia berdoa dengan bersungguh-sungguh untuk meminta agar hujan tidak turun, tanah tidak dibasahi hujan selama tiga tahun enam bulan.+ 18  Kemudian dia berdoa lagi, lalu hujan turun dari langit dan tanah mengeluarkan hasil.+ 19  Saudara-saudaraku, jika sesiapa antara kamu disesatkan lalu menyimpang daripada kebenaran, dan seorang lagi membantunya kembali, 20  ketahuilah bahawa dia yang membantu orang yang berdosa untuk berpaling daripada haluan yang salah+ akan menyelamatkan nyawa* orang yang berdosa itu dan menutupi banyak dosa.+

Nota Kaki

Harfiah, “hati kamu.”
Atau “diberkati.”
Atau mungkin, “orang yang lelah.”
Atau “jiwa.” Lihat Kamus.