Kisah Para Rasul 7:1-60

  • Stefanus berucap di hadapan Majlis Orang Yahudi (1-53)

    • Zaman ketua keluarga Israel (2-16)

    • Di bawah pimpinan Musa; Israel menyembah berhala (17-43)

    • Tuhan tidak tinggal di dalam rumah buatan manusia (44-50)

  • Stefanus direjam (54-60)

7  Tetapi imam agung bertanya, “Adakah hal-hal ini benar?”  Stefanus menjawab, “Saudara-saudaraku dan bapa-bapaku. Dengarlah! Sebelum Abraham, nenek moyang kita, tinggal di Haran,+ Tuhan kita yang mulia telah menampakkan diri kepadanya di Mesopotamia.  Tuhan berfirman kepadanya, ‘Tinggalkanlah negerimu dan sanak saudaramu lalu pergilah ke negeri yang akan Aku tunjukkan kepadamu.’+  Maka dia pun meninggalkan tanah Kasdim dan tinggal di Haran. Selepas bapanya meninggal,+ Tuhan memimpin dia untuk pindah ke negeri ini yang kini kamu diami.+  Tetapi Tuhan tidak mewariskan setapak tanah pun daripada negeri ini kepada Abraham. Namun demikian, Tuhan berjanji akan memberikan negeri ini kepada Abraham untuk menjadi hak miliknya dan keturunannya,+ walaupun Abraham tidak mempunyai anak pada masa itu.  Tuhan juga memberitahu dia bahawa keturunannya akan menjadi orang asing di negeri lain dan mereka akan diperhamba dan ditindas selama 400 tahun.+  ‘Aku akan menghakimi bangsa yang memperhamba mereka,’+ firman Tuhan, ‘dan selepas itu, mereka akan keluar dari situ dan menjalankan khidmat suci kepada-Ku di tempat ini.’+  “Tuhan juga membuat perjanjian sunat+ dengan Abraham. Oleh itu, Abraham menyunat anaknya Ishak+ pada hari yang kelapan selepas dia dilahirkan.+ Ishak menjadi bapa kepada* Yakub, dan Yakub menjadi bapa kepada 12 orang ketua keluarga bangsa kita.  Ketua-ketua keluarga itu cemburu terhadap Yusuf+ dan menjualnya kepada orang Mesir.+ Tetapi Tuhan menyertai Yusuf+ 10  dan menyelamatkannya daripada semua kesengsaraannya. Semasa dia menghadap Firaun, raja Mesir, Tuhan telah memberinya kebijaksanaan dan membantunya agar disenangi Firaun. Maka Firaun melantik dia untuk memerintah Mesir dan mengurus seluruh rumah tangganya.+ 11  Tetapi kebuluran melanda seluruh Mesir dan Kanaan. Kesengsaraan yang besar timbul, dan nenek moyang kita tidak dapat mencari makanan.+ 12  Namun Yakub mendengar bahawa ada bahan makanan* di Mesir. Maka dia menghantar nenek moyang kita ke sana untuk kali pertama.+ 13  Semasa mereka pergi ke situ untuk kali kedua, Yusuf memberitahu saudara-saudaranya bahawa dia ialah Yusuf, dan Firaun telah mendapat berita tentang keluarga Yusuf.+ 14  Oleh itu, Yusuf mengirim pesanan dan menjemput bapanya Yakub serta semua sanak saudaranya untuk datang ke Mesir.+ Mereka yang datang berjumlah 75 orang.+ 15  Yakub pun pergi ke Mesir+ dan dia meninggal di situ.+ Kemudian, nenek moyang kita juga meninggal di situ.+ 16  Tulang-tulang mereka kemudiannya dibawa ke Sikhem dan diletakkan di dalam makam yang dibeli oleh Abraham dengan sejumlah wang perak daripada anak-anak Hamor di Sikhem.+ 17  “Apabila masanya sudah dekat bagi Tuhan untuk menunaikan janji yang telah diumumkan oleh-Nya kepada Abraham, bangsa kita bertambah dan berlipat ganda di Mesir. 18  Kemudian seorang raja yang tidak mengenal Yusuf mula memerintah di Mesir.+ 19  Raja itu menggunakan tipu muslihat untuk menentang bangsa kita dan memaksa nenek moyang kita untuk membuang bayi mereka agar bayi-bayi itu mati.+ 20  Pada masa itulah Musa lahir. Dia sangat comel di mata Tuhan. Dia diasuh di rumah bapanya selama tiga bulan.+ 21  Tetapi semasa dia terpaksa ditinggalkan oleh ibu bapanya,+ anak perempuan Firaun mengambil dia dan membesarkan dia sebagai anaknya sendiri.+ 22  Segala ilmu* bangsa Mesir diajarkan kepada Musa. Dia sangat berkuasa, baik dalam pertuturan mahupun dalam perbuatan.+ 23  “Apabila dia berumur 40 tahun, dia membuat keputusan untuk melihat keadaan saudara-saudaranya, iaitu orang Israel.+ 24  Semasa dia nampak seorang lelaki Mesir melayan salah seorang saudaranya dengan tidak adil, Musa membelanya dan membalas dendam baginya dengan membunuh orang Mesir itu. 25  Musa menyangka saudara-saudaranya faham bahawa Tuhan akan menyelamatkan mereka melaluinya, tetapi mereka tidak faham. 26  Pada keesokan harinya, dia datang kepada mereka dan nampak dua orang yang sedang bergaduh. Dia mencuba untuk mendamaikan mereka dengan berkata, ‘Kamu bersaudara. Jadi mengapakah kamu bergaduh?’ 27  Tetapi orang yang memukul saudaranya itu menolak Musa dan bertanya, ‘Siapakah yang melantik kamu sebagai pemerintah dan hakim kami? 28  Adakah kamu mahu membunuh aku sepertimana kamu membunuh orang Mesir itu semalam?’ 29  Apabila Musa mendengar kata-kata itu, dia melarikan diri dari Mesir dan menjadi orang asing di tanah Midian. Di sana dia menjadi bapa kepada dua orang anak lelaki.+ 30  “Empat puluh tahun kemudian, satu malaikat menampakkan diri kepadanya di dalam nyala api yang keluar dari pokok kecil di padang belantara Gunung Sinai.+ 31  Musa sangat hairan melihat hal itu. Tetapi semasa dia mendekati pokok itu untuk memeriksanya, dia mendengar suara Yehuwa* yang berfirman, 32  ‘Akulah Tuhan nenek moyangmu. Akulah Tuhan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub.’+ Musa sangat gementar dan tidak berani untuk memeriksa pokok itu lagi. 33  Yehuwa* berfirman kepadanya, ‘Tanggalkanlah kasut dari kakimu, kerana tempat engkau berdiri itu ialah tanah yang suci. 34  Aku memang sudah melihat bagaimana umat-Ku di Mesir ditindas, dan Aku sudah mendengar rintihan mereka.+ Maka Aku telah turun untuk menyelamatkan mereka. Sekarang marilah, dan Aku akan mengutus engkau ke Mesir.’ 35  Musa inilah yang pernah ditolak oleh mereka semasa mereka bertanya, ‘Siapakah yang melantik kamu sebagai pemerintah dan hakim?’+ Tetapi melalui malaikat yang menampakkan diri kepadanya dalam pokok kecil itu, Tuhan mengutus dia+ untuk menjadi pemerintah dan pembebas mereka. 36  Dia memimpin mereka keluar dari Mesir+ dengan melakukan pelbagai mukjizat dan perbuatan yang menakjubkan di Mesir+ dan di Laut Merah,+ serta di padang belantara selama 40 tahun.+ 37  “Musa inilah yang berkata kepada orang Israel, ‘Tuhan akan melantik seorang nabi seperti aku daripada kalangan saudara-saudara kamu.’+ 38  Dialah yang ada bersama orang Israel di padang belantara. Dia di situ dengan nenek moyang kita dan dengan malaikat+ yang berkata-kata kepadanya+ di Gunung Sinai. Dia menerima perkhabaran-perkhabaran suci yang kekal lalu menyampaikannya kepada kita.+ 39  Tetapi nenek moyang kita menolaknya dan enggan mematuhinya.+ Dalam hati mereka tersemat keinginan untuk kembali ke Mesir.+ 40  Oleh itu mereka berkata kepada Harun, ‘Buatlah tuhan-tuhan bagi kita untuk memimpin kita, kerana kita tidak tahu apa yang sudah berlaku kepada Musa yang membawa kita keluar dari Mesir.’+ 41  Maka pada masa itu, mereka membuat sebuah patung anak lembu dan mempersembahkan korban kepada patung itu serta berpesta untuk menghormati buatan tangan mereka.+ 42  Oleh itu, Tuhan meninggalkan mereka dan membiarkan mereka menyembah matahari, bulan, dan bintang-bintang di langit.+ Hal itu tepat seperti yang tertulis dalam Ajaran Para Nabi: ‘Hai orang Israel, selama 40 tahun di padang belantara, kamu tidak menyembelih dan mempersembahkan korban kepada-Ku. 43  Tetapi kamu membawa khemah Molokh+ dan bintang tuhan Refan dari satu tempat ke tempat yang lain. Inilah patung-patung berhala yang kamu buat untuk disembah. Oleh itu, Aku akan membuang kamu ke tempat yang lebih jauh daripada Babilon.’+ 44  “Nenek moyang kita mempunyai khemah suci* semasa mereka berada di padang belantara. Tuhan telah menyuruh Musa untuk membuat khemah itu menurut contoh yang telah dilihat olehnya.+ 45  Kemudian, nenek moyang kita yang mewarisi khemah itu juga membawanya bersama Yosua ke tanah yang diduduki oleh bangsa lain.+ Bangsa-bangsa itulah yang diusir oleh Tuhan di hadapan nenek moyang kita.+ Khemah itu kekal di situ hingga zaman Daud. 46  Daud diperkenankan Tuhan dan dia meminta agar dikurniai penghormatan untuk membina rumah bagi Tuhan Yakub.+ 47  Tetapi Salomolah yang membina Rumah Tuhan.+ 48  Namun begitu, Tuhan Yang Maha Tinggi tidak tinggal di dalam rumah buatan tangan manusia.+ Hal ini tepat seperti yang dikatakan oleh seorang nabi, 49  ‘Yehuwa* berfirman, “Syurga ialah takhta-Ku+ dan bumi ialah alas kaki-Ku.+ Rumah seperti apa yang akan engkau dirikan bagi-Ku? Di manakah tempat istirahat-Ku? 50  Bukankah tangan-Ku yang membuat segala sesuatu?”’+ 51  “Kamu orang yang keras kepala! Hati dan telinga kamu tertutup,* dan kamu sentiasa melawan kuasa suci Tuhan. Kamu melakukan apa yang dilakukan oleh nenek moyang kamu.+ 52  Siapakah antara para nabi yang tidak dianiaya oleh nenek moyang kamu?+ Mereka telah membunuh orang yang menubuatkan kedatangan dia yang diperkenankan Tuhan.+ Sekarang kamu mengkhianati dan membunuh dia yang diperkenankan Tuhan.+ 53  Kamu menerima Hukum yang disampaikan oleh malaikat+ tetapi tidak mematuhinya.” 54  Apabila mereka mendengar hal-hal itu, mereka menjadi sangat marah sehingga ingin mencederakan* Stefanus. 55  Tetapi Stefanus dipenuhi kuasa suci Tuhan. Dia menengadah ke langit dan nampak kemuliaan Tuhan. Dia juga nampak Yesus berdiri di sebelah kanan Tuhan.+ 56  “Lihatlah!” katanya, “Aku melihat langit terbuka dan Anak Manusia+ berdiri di sebelah kanan Tuhan.”+ 57  Mereka menjerit dengan sekuat hati dan menutupi telinga dengan tangan mereka. Mereka semua meluru ke arah Stefanus. 58  Selepas membuangnya ke luar kota, mereka mula merejamnya.+ Saksi-saksi palsu itu+ meletakkan jubah luar mereka dekat kaki seorang pemuda yang bernama Saulus.+ 59  Semasa mereka melemparkan batu pada Stefanus, Stefanus berkata, “Tuan Yesus, aku menyerahkan nyawaku ke dalam tanganmu.” 60  Selepas itu, dia berlutut dan berseru dengan suara yang lantang, “Ya Yehuwa,* janganlah menghukum mereka atas dosa ini.”+ Setelah berkata demikian, dia pun tidur dalam kematian.

Nota Kaki

Atau mungkin, “melakukan hal yang sama terhadap.”
Atau “ada bijirin.”
Harfiah, “kebijaksanaan.”
Harfiah, “khemah kesaksian.”
Atau “Kulit hati dan telinga kamu tidak bersunat.”
Atau “sehingga menggertakkan gigi sambil memandang.”