Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Anton Chermnykh, Sergey Korolchuk, dan Dmitriy Tishchenko

14 JULAI 2021 | DIKEMASKINIKAN: 2 DISEMBER 2022
RUSIA

TERKINI—KEPUTUSAN DIUMUMKAN | Persediaan sebelum Penganiayaan Bantu Tiga Saudara Tetap Setia

TERKINI—KEPUTUSAN DIUMUMKAN | Persediaan sebelum Penganiayaan Bantu Tiga Saudara Tetap Setia

Pada 30 November 2022, Mahkamah Daerah Ussuriyskiy di Kawasan Primorye mensabitkan Saudara Anton Chermnykh, Sergey Korolchuk, dan Dmitriy Tishchenko. Mereka masing-masing menerima hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Garis Masa

  1. 23 September 2020

    Perbicaraan mahkamah Anton, Sergey, dan Dmitriy bermula

  2. 7 Julai 2020

    Anton, Sergey, dan Dmitriy didakwa secara rasmi mengambil pimpinan dalam organisasi agama “ekstremis” yang terlarang

  3. 18 Jun 2019

    Sergey ditahan sebelum perbicaraan selama dua hari

Profil

Seraya perbicaraan mereka berterusan, kita tahu bahawa Yehuwa akan memberkati kesetiaan Anton, Sergey, dan Dmitriy.—Amsal 28:20.