Lompat ke kandungan

Sebuah rumah yang musnah di Indonesia

19 APRIL 2021
BERITA GLOBAL

Siklon Seroja Membadai Indonesia dan Timor-Leste

Siklon Seroja Membadai Indonesia dan Timor-Leste

Lokasi

Kepulauan Nusa Tenggara Timur di bahagian timur Indonesia dan Timor-Leste

Bencana

  • Pada 4 April 2021, Siklon Seroja mengakibatkan kerosakan yang teruk dan ramai orang perlu ditempatkan di pusat pemindahan sementara

Kesan terhadap saudara saudari

  • Sekurang-kurangnya 236 orang terpaksa dipindahkan

Kerosakan rumah dan harta

Indonesia

  • 45 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 8 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 3 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan kecil

Timor-Leste

  • 19 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 10 rumah mengalami kerosakan dahsyat

Bantuan yang dihulurkan

  • Di Indonesia, satu Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) telah dilantik untuk menyelia bantuan kemanusiaan. DRC sedang menyelia kerja membaiki kerosakan Dewan Perjumpaan dan rumah yang mengalami kerosakan yang teruk

  • Para penyelia litar memberi sokongan rohani dan kelegaan hati menerusi Firman Tuhan kepada saudara saudari yang terkesan

  • Sejurus selepas siklon melanda, para penatua sidang mengatur tempat tinggal sementara bagi saudara saudari yang terpaksa meninggalkan rumah masing-masing. Penatua juga mengagihkan makanan, air, serta keperluan lain. Bukan itu sahaja, mereka juga mengatur kerja membersihkan rumah-rumah yang rosak

  • Di Timor-Leste, para penatua sudah mula membersihkan rumah-rumah yang rosak serta mengagihkan makanan dan keperluan lain kepada mereka yang memerlukannya. Para penatua juga mengatur tempat tinggal sementara bagi saudara saudari yang terjejas

  • Semua usaha bantuan kemanusiaan ini dijalankan dengan mengikut langkah-langkah pencegahan COVID-19

Kita bersyukur atas ‘bantuan yang diberikan’ oleh Yehuwa menerusi sidang-sidang Kristian.—2 Korintus 9:13.