3 APRIL 2020
BERITA GLOBAL
Peringatan Kematian Yesus yang Istimewa
Banyak Sidang Berkumpul melalui Persidangan Video semasa Pandemik Ini
Jutaan Saksi-Saksi Yehuwa dan orang yang berminat akan berkumpul pada hari Selasa, 7 April 2020, untuk menyambut Peringatan kematian Yesus Kristus. Disebabkan pandemik COVID-19, sambutan Peringatan tahun ini amatlah istimewa. Banyak sidang di serata dunia akan berkumpul melalui persidangan video (videoconference).
Memandangkan pihak berkuasa di banyak negara telah melarang orang daripada mengadakan perhimpunan yang besar, banyak sidang Saksi telah mula menggunakan persidangan video untuk mengadakan perjumpaan mingguan. Cara yang sama juga akan digunakan untuk merayakan sambutan Peringatan Yesus. Orang awam yang ingin menyertai program itu pula dapat menontonnya melalui jw.org.
Tahun lalu, lebih daripada 20 juta orang telah menghadiri acara ini. Semoga jutaan orang juga dapat menghadirinya pada tahun ini sama ada melalui persidangan video, telefon, atau jw.org.
Sememangnya, virus ini masih sedang merebak di banyak tempat. Kita ingin terus mematuhi arahan yang diberikan agar dapat selamat mengharungi wabak ini. Namun, kita mahu mematuhi arahan Yesus dan ‘terus melakukan hal ini untuk mengenangnya.’ (Lukas 22:19) Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menyokong kita.