Lompat ke kandungan

14 DISEMBER 2021
AMERIKA SYARIKAT

Puting Beliung yang Dahsyat Menyebabkan Kemusnahan di Selatan dan Barat Tengah Amerika Syarikat

Puting Beliung yang Dahsyat Menyebabkan Kemusnahan di Selatan dan Barat Tengah Amerika Syarikat

Bermula 10 Disember 2021, beberapa puting beliung menghantam lapan negeri di selatan dan barat tengah Amerika Syarikat secara berturut-turut. Salah satu puting beliung itu mengakibatkan kerosakan sepanjang 402 kilometer. Bencana ini menyebabkan banyak nyawa terkorban dan kerugian yang besar. Negeri Kentucky mengalami kesan yang paling teruk.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari yang tercedera atau terbunuh

  • 31 penyiar terpaksa berpindah

  • 10 buah rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 3 buah rumah mengalami kerosakan teruk

  • 9 buah rumah musnah

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan bekerjasama untuk memberikan bantuan kepada keluarga yang terlibat

  • Semua bantuan yang dihulurkan adalah mengikut garis panduan keselamatan COVID-19

Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menunjukkan belas kasihan yang mendalam terhadap saudara saudari yang menderita akibat bencana ini.—Yesaya 63:9.