Lompat ke kandungan

Dapatkah Bible Membantu Saya Mengatasi Kemurungan?

Dapatkah Bible Membantu Saya Mengatasi Kemurungan?

Jawapan Bible

 Ya, hal ini kerana ‘Tuhan melegakan hati orang yang patah semangat,’ termasuk mereka yang murung.​—2 Korintus 7:6.

Cara Tuhan membantu orang yang murung

  •   Kekuatan. Tuhan “melegakan hati” anda bukan dengan menyingkirkan masalah yang anda hadapi, tetapi dengan menjawab doa anda untuk meminta kekuatan. (Filipi 4:13) Anda dapat yakin bahawa Dia bersedia untuk mendengar kerana Bible mengatakan, “Yehuwa dekat dengan orang yang remuk hati; Dia menyelamatkan orang yang tawar hati.” (Mazmur 34:18) Sebenarnya, Tuhan bahkan dapat mendengar seruan anda meskipun anda tidak dapat meluahkannya menerusi kata-kata.​—Roma 8:26, 27.

  •   Teladan yang baik. Seorang pemazmur berdoa kepada Tuhan: “Aku berseru kepada-Mu dari jurang kesusahan.” Dia mengatasi kemurungannya dengan mengingati bahawa Tuhan akan mengampuni dosa manusia. Dia berkata, “Jika Engkau hanya memperhatikan kesalahan, siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman, ya Yehuwa? Engkau mengampuni orang dengan sepenuhnya, supaya Engkau disanjung tinggi.”​—Mazmur 130:1, 3, 4.

  •   Harapan. Selain memberikan kelegaan pada masa sekarang, Tuhan telah berjanji untuk melenyapkan segala masalah yang menyebabkan kemurungan. Apabila hal itu berlaku, “perkara-perkara yang lama [termasuk kemurungan] tidak akan terlintas dalam fikiran lagi.”​—Yesaya 65:17.

 Perhatian: Meskipun Saksi-Saksi Yehuwa percaya kepada bantuan Tuhan, mereka juga mendapatkan bantuan perubatan untuk merawat masalah kesihatan seperti kemurungan klinikal. (Markus 2:17) Namun, Saksi-Saksi Yehuwa tidak memberikan cadangan tentang jenis rawatan yang patut diambil. Setiap orang harus membuat keputusan masing-masing.