Lompat ke kandungan

Apakah Ajaran Bible tentang Pornografi? Adakah Seks Siber Itu Salah?

Apakah Ajaran Bible tentang Pornografi? Adakah Seks Siber Itu Salah?

Jawapan Bible

 Bible tidak secara langsung menyebut tentang pornografi, seks siber, dan sebagainya. Namun, Bible menjelaskan perasaan Tuhan tentang hubungan seks luar nikah dan pandangan yang salah terhadap seks. Perhatikan beberapa ayat Bible yang berikut:

  •   “Oleh itu, matikanlah keinginan dalam anggota tubuh kamu sehubungan dengan perbuatan seks yang tidak bermoral, kenajisan, hawa nafsu yang tidak terkawal.” (Kolose 3:5) Melihat bahan lucah menyemarakkan keinginan yang salah dan bukan mematikannya. Dalam pandangan Tuhan, perbuatan sedemikian membuat seseorang tidak suci, atau kotor.

  •   “Sesiapa yang terus memandang seorang wanita dengan perasaan berahi sudah berzina dengannya dalam hati.” (Matius 5:28) Gambar-gambar lucah menimbulkan keinginan yang salah dan boleh mengakibatkan perbuatan yang salah.

  •   “Jangan ada sesiapa pun dalam kalangan kamu yang menyebut tentang perbuatan seks yang tidak bermoral, ketamakan, atau setiap jenis kenajisan.” (Efesus 5:3) Kita tidak harus menyebut tentang perbuatan seks yang tidak bermoral demi keseronokan, apatah lagi menonton atau membacanya.

  •   “Perbuatan yang terhasil daripada keinginan yang berdosa dapat dilihat dengan jelas, iaitu perbuatan seks yang tidak bermoral, kenajisan, . . . dan hal-hal seperti itu. Aku memberi kamu amaran tentang hal-hal itu sekarang, sepertimana aku telah memberi kamu amaran dahulu: Orang yang mengamalkan perbuatan sebegitu tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan.” (Galatia 5:​19-​21) Dalam pandangan Tuhan, orang yang melihat bahan lucah, atau melakukan seks siber, seks melalui telefon, atau sexting adalah najis, iaitu tidak suci secara moral. Jika kita ada kebiasaan untuk berbuat demikian, kita boleh kehilangan perkenan Tuhan buat selamanya.