Lompat ke kandungan

Ayat Bible untuk Hari Ini

Ayat Bible untuk Hari Ini

Mengkaji Ayat-Ayat Suci Setiap Hari memperkenalkan satu ayat Bible setiap hari, dan juga komen mengenai ayat itu. Bahan ini dapat membantu anda memupuk fikiran yang positif dan membina tentang topik Bible sebelum memulakan aktiviti seharian setiap hari.

Walaupun anda boleh membacanya bila-bila masa, ramai orang mendapati bahawa membincangkan ayat harian pada waktu pagi lebih bermanfaat. Dengan itu, mereka dapat merenungkan apa yang dibaca oleh mereka sepanjang hari. Jika anda berkeluarga, anda dapat meraih manfaat dengan membincangkan ayat harian bersama.

Anda boleh membaca ayat harian di PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower, atau anda boleh memuat turun ayat harian sepanjang tahun dalam bentuk PDF fail yang sama dengan edisi cetakan.